• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Sahkan Bot Dinaiki 4 Individu Dilaporkan Hilang Telah Karam

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan bot dinaiki empat individu termasuk dua pelancong Sepanyol yang dilaporkan hilang semasa balik dari Pulau Balambangan lewat Isnin lalu, telah karam.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata ini berdasarkan petunjuk bahawa bot itu telah ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada 10 pagi ini dan pengesahan satu daripada enjin bot oleh adik pemilik bot itu.

“Bot dengan dua enjin itu didapati tersangkut pada jaring seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Amir di kira-kira 2.8 batu nautika di utara Tanjung Simpang Mengayau,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata berikutan maklumat itu, APMM menghantar aset ke lokasi berkenaan dan menemukan satu unit enjin jenama Yamaha 3 kuasa kuda manakala satu lagi enjin 30 kuasa kuda masih berada di dalam air kerana nelayan berkenaan tidak dapat mengangkatnya kerana terlalu berat.

“Adik pemilik bot (Tommy Lam Wai Yin) iaitu Alen Lam telah mengesahkan daripada diskripsi pada enjin dan tanda-tanda yang ada bahawa ia adalah enjin bot abangnya,” katanya.

Katanya unit penyelam daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan APMM akan ke lokasi itu bagi mengangkat enjin berkenaan yang berada pada kedalaman antara 23 meter hingga 40 meter.

Sehubungan itu, Mohd Zubil berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini ditumpukan untuk mencari keempat-empat individu yang hilang itu.

Dalam insiden lewat petang Isnin lalu, empat individu yang dilaporkan hilang itu ialah suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik bot dan resort di Tanjung Simpang Mengayau, Tommy Lam Wai Yin, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.

Mereka yang dalam perjalanan dari Pulau Balambangan sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada 8 malam hari sama. – BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd