• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota STORM Sarawak Digerakkan Ke Sebuyau Malam Ini

oleh AK-47
06/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan demikian dalam laman Twitternya malam ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.

“Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unit ‘Special Tactical Operation Rescue Malaysia (STORM)’ digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari sini malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke sini petang tadi.

Pengarah Bomba Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota STORM tetap akan digerakkan menghala ke Sebuyau malam ini sebagai persiapan awal.

Menurutnya unit udara bomba juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk digerakkan. – BERNAMA

Tags: Bombahelikopternahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd