• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Cedera Penagih Simbah Asid

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Seorang anggota polis cedera selepas disimbah asid ketika menyerbu rumah penagih di Kemasik di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi ketika Lans Kopral Mohd Haikal Zaharudin, 27, bersama tujuh anggota yang lain menyerbu rumah tersebut.

“Ketika melarikan diri, suspek menyimbah botol yang berisi cecair yang terkena anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman itu.

“Namun suspek yang berusia 27 tahun itu dapat diberkas,” katanya.

Beliau berkata turut ditemui beberapa pil dan ketulan yang dipercayai dadah jenis pil WY, ais dan heroin pada suspek yang bernilai kira-kira RM1,300.

“Anggota tersebut cedera dengan kesan terbakar di telinga, tangan kiri dan kanan dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Beliau kini dilapor stabil,” katanya.

Mohd Said berkata dua lagi adik suspek yang berusia 22 dan 24 tahun yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan itu berjaya meloloskan diri.

Namun pihak polis mengenali adik-adik suspek, tambahnya.

Suspek yang tidak mempuyai pekerjaan turut mempunyai enam rekod lampau bersabit dadah, pecah rumah serta curi motosikal. – BERNAMA

Tags: asidpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd