• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anda Bijak? Cuba Jawab Teka-Teki #Trending Ini Sekarang!

oleh AK-47
03/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADAKAH anda seorang yang pintar matematik atau mempunyai kebolehan berfikiran secara logik?

Haa, mari uji kemampuan berfikir dengan menjawab teka-teki mudah di bawah!

Anda Bijak? Cuba Jawab Teka-Teki #Trending Ini Sekarang!

Kaedahnya mudah: anda hanya perlu fahamkan pola congakannya terdahulu seperti yang tertera pada gambar rajah di atas.

Permainan nombor ini telah mencetuskan kegilaan di Facebook, dan telah dikongsi oleh 3 juta pengguna setakat ini.

Bagaimanapun, seorang personaliti YouTube telah mencipta sebuah ‘ujian di dalam ujian’ pada April lalu untuk lihat sama ada majoriti daripada mereka yang kongsikan teka-teki itu benar-benar faham konsep permainan uji IQ ini, ataupun mereka hanya mahu tampak cerdik di media sosial.

Presh Talwalker telah mencabar orang ramai jika mereka benar-benar memahami logik ujian minda viral itu, dengan meminta untuk menyelesaikan masalah ini:

Jika 6 + 4= 210, maka ? + ? = 123

Amacam, rasa-rasa soalan ini mudah atau tidak? Ambil pen dan kertas!

Ok, sebelum kami ‘subsidi’kan jawapannya kepada anda, mari lihat kaedah penyelesaian masalah ini dahulu:

Contohnya, diberikan permasalahannya begini: 10 + 6 = 416. Bagaimanakah jawapannya menjadi 416?

10 – 6 = 4
10 + 4 = 16

Tulis kedua-dua jawapan diatas bersama dan anda akan dapat 416.

Sama juga kaedahnya dengan soalan yang lain.
Oleh itu, jika ?+? = 123 pula?

Jika anda pisahkan kedua-dua jawapan ini, anda akan dapat nombor nilai 1 dan 23.

Lihat nombor apa yang apabila ditambahkan akan menjadi 23, dan jawapan selepas kedua-dua nombor yang diberikan itu ditolak haruslah nilainya 1.

12 – 11 = 1
12 + 11 = 23

Kumpulkan kedua-dua nombor di atas bersama: 12 + 11 = 123. Mudah kan?

Ini pula contoh jawapannya dalam kaedah penyelesaian algrebra:

Anda Bijak? Cuba Jawab Teka-Teki #Trending Ini Sekarang!

Senaman minda seperti ini baik untuk merangsang otak kita agar lebih tajam dan fokus berfikir. Malah, menurut satu kajian Marcel Danesi, Ph.D., dalam bukunya yang bertajuk Extreme Brain Workout, permainan uji minda dapat meningkat keupayaan untuk melakukan keputusan di samping melatih otak untuk berfikir di luar kotak.-MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muafakat BN-PN Melibatkan 10 Parti Berbagai Kaum – Annuar

Muafakat BN-PN Melibatkan 10 Parti Berbagai Kaum – Annuar

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa muafakat antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan...

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Jangan Mendabik Dada Selepas Menang, Akmal Ingatkan Ahli UMNO

02/08/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengingatkan ahli parti supaya tidak bersikap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd