• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak, Menantu Noriah Kasnon Diterbangkan Ke Kuching

oleh
06/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Anak-anak Datuk Noriah Kasnon telah diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor ke Kuching dengan menggunakan sebuah pesawat khas milik Polis Diraja Malaysia.

Dua anaknya iaitu Syafik dan Adam serta menantu, Farah Nadhirah bersama-sama membantu pasukan penyelamat dalam usaha pengecaman di sini. Noriah ada empat orang anak, iaitu masing-masing dua perempuan dan dua lelaki.

Turut menemani mereka semua di Pangkalan TUDM Subang hari ini ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Tanjong Karang.

Helikopter Hornbills Skyways penerbangan RPC6828 itu yang dinaiki oleh Noriah berlepas dari Betong, kira-kira 250 kilometer dari sini pada 4.12 petang Khamis dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar jam 5 petang.

Noriah, 52, yang juga Ahli Parlimen BN Sungai Besar memulakan kariernya sebagai seorang peguam serta mempunyai pengalaman cukup luas dalam bidang pentabiran kerajaan di peringkat persekutuan.

noriah1

noriah-2

noriah3

Bermula setiausaha parlimen Kementerian Penerangan pada 2004, Noriah menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat di bawah Kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2009, di bawah pentadbiran baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Pada 2012, beliau menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan setahun kemudian selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau ke Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi hingga kini.

Lulusan bidang undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1988, beliau aktif dalam UMNO sejak 1992 dan merupakan penyandang kerusi Sungai Besar sejak Pilihan Raya Umum 2004.

Dalam arena politik peringkat negeri pula, Noriah pernah menjadi Setiausaha Wanita UMNO Selangor pada 1992 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Barisan Nasional Selangor selama empat tahun dari 2000.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Penerangan Wanita UMNO Selangor selain menjadi anggota jawatankuasa Biro Wanita UMNO Malaysia. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: helikopterNoriah Kasnon
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd