• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Kambing Hilang, Pengembala Tawar RM4,200

oleh AK-47
26/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Seorang pengembala kambing Franktown di Colorado, Amerika Syarikat (AS) sanggup menawarkan ganjaran bernilai AS$1,000 atau (kira-kira RM4,200) jika sesiapa berjaya menemuinya semula.

Hadiah lumayan itu akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dapat menjumpai kembali anak kambingnya tersebut yang hilang dalam keadaan selamat dan dia percaya haiwan ternakan berkenaan telah dicuri orang.

Lelaki bernama Doug Casto menyedari ada dua ekor anak kambing tersebut hilang selepas induknya itu terus ‘mengembek’ tanpa henti seolah-olah mahu memberitahu sesuatu baru-baru ini.

“Apa yang saya dengar si induk seperti memanggil dan memaklumkan saya bahawa anaknya telah hilang,” kata Casto.

“Setelah saya siasat, ternyata benar, ada dua kambing yang hilang,” sambung dia, seperti dipetik portal UPI.com.

Dalam wawancara dengan stesen CBS Denver, Casto mengaku berasa marah dan sedih dengan kejadian itu. Kambing itu dikatakan penyayang dan nilai haiwan ini lebih cerdik daripada manusia.

“Saya berasakan kesedihan yang luar biasa. Isteri saya seperti patah hati,” katanya lagi.

Selain itu, dia juga mengaku bimbang dengan kehidupan anak kambing yang hilang tersebut. Selama ini, anak kambing itu mendapat susuan botol selama empat jam sekali.

“Kambing itu seperti manusia kerana perlu diberi makan setiap beberapa jam,” ujar Casto.

Berdasarakan keterangan Casto, tiada tanda serangan serigala mahupun haiwan liar lain di sekitar kandang miliknya itu.

Namun dia mendapati ada kerosakan pada bahagian pintu pada sebuah kereta berwarna merah.

“Saya berasa kereta itu berhenti untuk melihat namun saya mencatat nombor kereta itu,” luahannya.

Casto berharap hadiah yang bernilai RM4,200 dapat menenangkan dirinya untuk tabah mencari dan memulangkan kembali haiwan kesayangannya itu.

“Sebelum ini dilakukan oleh remaja, tetapi mungkin sekarang remaja lain ada yang mengetahui tentang cerita itu, maka setidaknya salah seorang dari mereka dapat menerima wang itu,” kata Casto. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kambing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

10/06/2025
0

JAKARTA - Aksi seekor kambing yang berdiri di atas kabel elektrik sambil mengunyah rumput mengundang pelbagai reaksi netizen selepas rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd