HANYA kerana memuat naik gambar dirinya dan sekeluarga bersila di atas lantai di lapangan terbang sambil menjamah durian, laman sosial pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri menjadi medan ‘pergaduhan’ ramai netizen.
Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen: “Sebelum terbang ke Auckland, Swezeland, kami sekeluarga lepaskan gian makan durian musang king dulu di KLIA….
“Maklumlah kami orang kampung memang stail begini. Nasib baik tidak kena tegur dengan pengawai KLIA. Korang pernah macam ni jugak ke?†tulisnya.

Reaksi netizen berbeza-beza dan mempunyai pendapat tersendiri sehingga ada yang mula ‘naik angin’ apabila pendapat mereka tidak diterima oleh segelintir yang lain.
Ada yang beranggapan ‘Datuk Terlajak Laris’ ini ingin mencari publisiti dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, beliau turut diperli kerana salah menyebut lokasi kota Auckland di Switzerland, yang sepatutnya ialah New Zealand.
Bagaimanapun, ada sebahagian yang merasakan Datuk Aliff merendah diri sambil memuji caranya yang nampak tidak kisah duduk bersila di atas lantai walaupun merupakan seorang jutawan terkenal.
Apa pun, mungkin itu cara unik tersendiri usahawan ini menunjukkan bahawa dirinya yang tidak meninggi diri dan ‘stay humble’.
Apa-apa pun, biasalah, kadang kala kita pun ada tersalah tulis status di Facebook tanpa menyedarinya, kan. – MYNEWSHUB.CC

