• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Ketum Punya Cerita

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Butterworth – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan berasingan meminta dan menerima rasuah, dua tahun lalu.

Koperal Badrul Hisham Hashim @ Isahak, 47 dan Lans Koperal Raja Mohd Shah Heri Raja Salleh, 33, buat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, Badrul Hisham yang bertugas sebagai anggota di Pasukan Gerakan Am Kulim, didakwa meminta wang suapan RM1,500 daripada lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki air ketum di Taman Pelangi, Juru,Bukit Mertajam pada 10 Disember 2014.

Bagi kesalahan itu, Badrul Hisham dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Sementara, Mohd Raja Shah Heri yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dituduh bersubahat dengan Badrul Hisham untuk memperoleh suapan RM1,500 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu sama kerana memiliki air ketum, pada waktu dan tempat sama. – myMetro Online

Tags: ketumpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd