Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kes Pengubahan Wang Haram...

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan dengan 17 pertuduhan membabitkan...

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup...

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 50 kilogram...

Duta Hungary Kagum Dengan...

ALOR SETAR - Hungary kagum dengan wawasan dan pencapaian Kedah dalam membangunkan ekonomi...

Seluruh Politeknik Dinaik Taraf...

KUALA LUMPUR - Infrastruktur, kemudahan dan peralatan di politeknik seluruh negara sedang dinaik...

Adnan Arah Siasat Punca Sungai Pahang Jadi Cetek

KUANTAN – Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan segera menyiasat dakwaan bahawa pembalakan di Hulu Tembeling menjadi punca utama Sungai Pahang menjadi kering.

Adnan berkata, siasatan itu bagi memastikan sama ada benar ia disebabkan pembalakan atau turut disumbangkan oleh faktor lain seperti cuaca panas melampau ekoran fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

“Kita tidak boleh menyatakan hanya Sungai Pahang kering kerana sungai-sungai lain juga kering.

“Memang (tidak dinafikan) salah satu sebab Sungai Pahang kering ialah kerana pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian, pembalakan dan sebagai mana kita tahu ada pembinaan Empangan Tekai dan Empangan Jelai di kawasan itu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai perlawanan golf amal pasukan Menteri Besar Pahang menentang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah di Mahkota Golf and Country Club, di sini semalam.

Adnan mengulas laporan Bernama baru-baru ini mengenai Sungai Pahang yang menjadi cetek dan kering disebabkan kegiatan pembalakan yang berleluasa.

Beliau juga berkata masalah bekalan air di beberapa daerah di negeri ini seperti Temerloh, Lipis, Bera dan Raub berlaku disebabkan faktor paip lama selain muka sauk kering menyebabkan air tidak dapat disedut masuk ke dalam loji.


Dalam pekembangan lain, Adnan berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang akan memberikan bantuan secara ‘one off’ kepada 150 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Gombak yang kurang berkemampuan.

Katanya selain anak Pahang, ia juga diberikan kepada pelajar dari negeri lain sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri selain menghormati Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM dan rektornya Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin yang juga anak Pahang.

Perlawanan golf amal itu diadakan bagi mengutip dana untuk membantu pemain golf negara Shaaban Hussin, 36, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Khamis lepas.

Adnan berkata sebanyak RM150,000 telah dikutip hasil perlawanan hari ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM200,000 dengan sumbangan anak syarikat kerajaan negeri dan orang perseorangan dan beliau sendiri akan menyerahkan sumbangan itu kepada Shaaban minggu depan.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori