• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90% Guru Anak Tempatan Di Sarawak Menjelang 2019

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran 90 peratus guru di Sarawak terdiri daripada anak tempatan menjelang 2019 berbanding 81 peratus pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata langkah itu akan mewujudkan kelompok guru yang stabil, sekali gus menyelesaikan masalah warga pendidik yang sebelum ini memohon mahu pulang untuk berkhidmat di negeri asal mereka.

Selain itu, katanya, kerajaan akan membangunkan semula sekolah-sekolah daif di luar dan pinggir bandar di Sarawak supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar.

Misalnya, katanya, pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong dilengkapi dengan kemudahan serba moden dapat disedikan dalam tempoh tujuh minggu menerusi penggunaan teknoloji Sistem Binaan Industri (IBS).

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian tablet berserta perisian Tutor Guru dan E-Paper Utusan Malaysia kepada guru-guru, di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Najib berkata penggunaan tablet itu mampu melonjak proses pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang tinggi.

Untuk tujuan itu, sejumlah 42,000 guru sekolah rendah, menengah dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah di Sarawak akan menerima tablet berserta perisian di bawah projek perintis ini, katanya.

“Projek perintis ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat supaya warga pendidik dapat menyampaikan kandungan pembelajaran dengan lebih kreatif,” katanya.

Beliau juga berkata komitmen kerajaan untuk memajukan pendidikan di Sarawak memerlukan dua dimensi utama iaitu pembangunan kepada prasarana fizikal dan kemudahan rangkaian internet yang baik serta pembangunan modal insan.

“Kalau salah satu (dari dua dimensi itu) kita tidak buat, maka tempanglah pembangunan pendidikan di Sarawak,” katanya.

Najib berkata program pembangunan pendidikan di Sarawak mampu dilaksanakan dengan perkongsian antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata segala idea baharu, perancangan dan kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri adalah penting bagi memperkasakan bidang pendidikan negara.

Sementara itu, Mahdzir berkata pencapaian literasi dan numerasi murid-murid di Sarawak membanggakan apabila literasi bahasa Melayu mencatat 97.2 peratus manakala bahasa Inggeris 92.3 peratus, yang merupakan antara pencapaian tertinggi di seluruh negara.

“Di peringkat kebangsaan, kita berjaya merapatkan jurang pencapaian sebanyak 31.6 peratus berdasarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sarawak melangkah lebih jauh kerana berjaya merapatkan jurang sebanyak 43.7 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: GuruNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Syahdu 2 Budak Tinggal Di Kawasan Pembuangan Sampah

Next Post

Budak Darjah 5 Ditendang, Disimbah Kicap Oleh Pembuli

Related Posts

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

Budak Darjah 5 Ditendang, Disimbah Kicap Oleh Pembuli

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd