SEORANG lelaki dari Shenyang, China terpaksa menanggung kekecewaan selepas usaha bersungguh-sungguhnya untuk menambat hati wanita pujaan tetap gagal.
Walaupun menunjukkan kesungguhan untuk memenangi hati wanita tersebut namun hasrat Tong Aonan, seorang mekanik berusia 27 tahun terbantut apabila wanita idamannya itu menolak lamaran menjadi teman wanitanya.
Bagi menghasilkan potret wanita itu, Tong menggunakan lebih 840 kiub rubik dan menyiapkannya dalam masa tiga hari tanpa mendapat tidur dan rehat secukupnya.
Ramai berkongsikan perasaan simpati dengan nasib Tong yang disifatkan sebagai tidak adil dalam dunia ini.
Seorang netizen menulis, “Bila anda tidak kaya, anda hanya perlukan rupa (untuk digilai ramai wanita). Tapi kalau anda tiada kedua-duanya, memang tiada wanita yang akan pandang.
“Jika Tong mempunyai rupa paras segak, pastinya hadiah ini akan diterima dengan senang hati oleh wanita tersebut. Wanita terlalu pentingkan penampilan luaran sahaja,” tulis seorang lagi netizen di laman sosial selepas kisah Tong menjadi viral baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC
/>