KALAU disebut 7 Keajaiban Dunia kita pasti ia sinonim dengan imej Piramid di Giza, Mesir yang dianggap sebagai ikon ketakjuban dunia dalam tamadun manusia.
Tetapi itu semua perihal mercu tanda dunia. Hal dunia pastinya tidak relevan dengan kedatangan Ramadan Al Mubarak.
Kalau begitu, sempena Ramadan tahun ini apa kaitan dengan 7 Wonders@AlHijrah dengan kempen Ramadan Bulan Kegembiraan?
Pastinya, semua itu bakal terjawab apabila senarai 7 menu utama program yang disusun khas bagi mengisi kehadiran Ramadan Al Mubarak dengan tema eksklusif Ramadan Bulan Kegembiraan diumumkan.
Apakah 7 keajaiban tersebut? Monumen atau Epik? Monumen dan Epik masih soal dunia. Sudah pasti itu bukan matlamat keajaiban Ramadan.
Sebagai stesyen TV Islam nombor satu, pastinya 7 Wonders@AlHijrah berkaitan dengan strategi kandungan ilmu dan amal serta senarai ikon Ramadan yang bakal ditampilkan sepanjang bulan mulia yang bermula 6 Jun nanti.
Kandungan dan ikon yang mendukung semangat AlHijrah untuk menjadikan Ramadan bukan sahaja bulan ibadat, tetapi turut mengisi programnya dengan mesej yang menunjangi kempen terkini stesyen tersebut #IslamIsFirstClass.
“Rahsia 7 Wonders akan terbongkar 24 jam lagi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.
TV AlHijrah akan mengadakan sidang media Program Ramadan Bulan Kegembiraan di Royal Chulan Hotel, Jalan Raja Chulan 8 malam esok 24 Mei.
“Keajaiban ilmu, keajaiban amal, keajaiban wanita dan keajaiban hidayah bakal menggemparkan anda semua,” kata Izelan.
Pelancaran 7 Wonders@AlHijrah turut dimeriahkan dengan tayangan gimik show reel dan real reel melalui klip video dan persembahan live wajah-wajah baharu yang telah dan bakal menggemparkan penonton.
Tunggu… 7 Wonders@AlHijrah pastinya menjadikan Ramadan Bulan Kegembiraan lebih meriah. Ini sejajar dengan pejuangan menjadikan #IslamIsFirstClass di Saluran #SegalanyaBermulaDiSini.
Detailnya akan diumumkan pada sidang media malam esok.
Sabar ya! - MYNEWSHUB.CC