Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kes Kematian Zulfarhan, 6...

KUALA LUMPUR - Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung...

60 Tahanan JIM Masih...

Putrajaya : Tiga minggu sudah berlalu namun pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih...

Hero Highland Tower Maut...

SALAH seorang penyelamat yang terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa runtuhan Highland Towers, N....

Lesen Hospital Mawar Medical...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan membatalkan lesen hospital Mawar Medical Centre (MMC) di Seremban,...

5 Warga Asing Ditahan Terlibat Penipuan Pelaburan Emas

MELAKA – Polis Melaka menahan lima warga asing kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan emas yang berpangkalan di Hong Kong di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata dalam serbuan pada pukul 12.45 tengah malam itu, tiga lelaki warga Taiwan dan dua wanita Kemboja berusia antara 20 hingga 47 tahun yang masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial, ditahan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis turut menjumpai lima jongkong emas pelbagai saiz yang dipercayai digunakan sindiket tersebut bagi pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara.

“Kita menjumpai beberapa dokumen yang berkaitan dengan pelaburan tersebut dan mendapati terdapat unsur-unsur penipuan namun sehingga kini tiada laporan polis yang dibuat oleh mangsa terhadap penipuan ini.

“Polis juga menjumpai satu buku penerangan, risalah dan plan tentang pelaburan tersebut yang menyatakan mangsa yang melabur dalam masa tiga tahun akan menjadi ‘rich’ dan dalam masa lima tahun pula akan menjadi ‘wealth’,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata seorang daripada lelaki berkenaan yang berusia 47 tahun itu dipercayai ketua sindiket tersebut didapati lebih daripada 10 kali keluar masuk ke negara ini.

“Mengikut rekod negara terakhir yang dikunjungi lelaki tersebut adalah Thailand sebelum memasuki negara ini semula. Pelaburan ini dipercayai beroperasi sejak Februari lepas,” katanya.


Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai yang membuat pelaburan emas tersebut diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ramli berkata jumlah kerugian melibatkan sindiket ‘Macau Scam’ di negeri itu mencatatkan peningkatan iaitu RM1.02 juta melibatkan lapan mangsa dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding RM15,000 dengan dua mangsa dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata jumlah kerugian sindiket ‘Love Scam’ pula mencatatkan penurunan iaitu sebanyak RM518,000 melibatkan 34 mangsa dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding RM1.5 juta dengan jumlah mangsa seramai 26 orang dalam tempoh sama tahun lepas.

“Kebanyakan mangsa penipuan ‘Love Scam’ ini terdiri daripada ibu tunggal, wanita yang belum berkahwin, kesunyian dan suri rumah berusia antara 20-an hingga 60-an,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori