Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Pembatalan Projek Kidex Akan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan merujuk kepada kabinet berhubung keputusan kerajaan...

Mohon Masuk Anak Azmin...

PETALING JAYA - Agensi pelancongan yang menyaman Mohamed Azmin Ali atas dakwaan gagal...

ATM Sedia Kerah Anggota...

GENTING HIGHLANDS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menggerakkan anggotanya ke kawasan...

4 Maut Dalam Kemalangan Yang Libatkan Seekor Lembu

GUA MUSANG – Empat lelaki terbunuh selepas kereta yang mereka dinaiki merempuh sebuah kereta lain yang terbabas akibat melanggar seekor lembu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata dalam kejadian di Km10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, 7.30 malam tadi, empat mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Mereka yang terbunuh, pemandu kereta, Ibrahim Mohd Beridin, 52, berasal dari Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang dan tiga penumpang warga Indonesia yang berasal dari Lombok, Indonesia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tiga penumpang kereta terbabit dikenali sebagai Supandi, 21, Ahmad Haikal, 31, dan Safriyadi, 28 tahun.

Manakala seorang lagi penumpang kereta Proton Iswara itu, Saaban Mustakin, 54, berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.

Sementara itu pemandu kereta Toyota Camry, Jayapalan Balaraman, 58, dan isterinya, Nageswary Nagamuthu, 52, hanya cedera ringan.


“Kejadian berlaka apabila kereta yang dipandu Jayapalan dari Gua Musang menghala ke Kota Baharu, melanggar seekor lembu sebelum terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta Proton Iswara yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata jenazah Ibrahim telah dituntut keluarganya pukul 8 pagi tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuran Islam Kampung Kuala Tembeling, Jerantut.

“Manakala tiga mayat warga Indonesia yang ditempatkan di bilik Mayat Hospital Gua Musang itu akan dirujuk kepada Kedutaan Indonesia untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori