• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Kematian Akibat Denggi Di Pahang Sehingga Mac 2016

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 751 kes dan empat kematian akibat demam denggi direkodkan di Pahang untuk tahun ini sehingga 9 Mac lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman.

Beliau berkata daerah Kuantan mencatatkan kes tertinggi iaitu 425 kes dengan dua kematian diikuti Temerloh (111 kes), Maran (61 kes, satu kematian), Jerantut (45 kes), Bentong (23 kes), Raub (23 kes), Pekan (21 kes, satu kematian), Bera (21 kes), Rompin (17 kes) dan Lipis (empat kes).

“Seperti negeri-negeri lain, Pahang juga tidak terlepas daripada ancaman penyakit demam denggi, namun sejak akhir-akhir ini ia menunjukkan pola menurun. Ini adalah hasil tindakan bersepadu dan berterusan oleh semua pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini ketika menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Ketari) yang bertanya statistik demam denggi di Pahang.

Menjawab soalan daripada Lee berkenaan kajian yang dilakukan oleh Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) melepas nyamuk Aedes Aegypti jantan yang diubahsuai secara genetik di Bentong baru-baru ini pula, Norol Azali berkata kajian itu melibatkan kawasan tidak berpenghuni.

“Kajian ini melibatkan spesies nyamuk yang tidak menggigit dan tujuan ia dijalankan adalah untuk mengenal pasti jarak penerbangan dan jangka hayat nyamuk dan bukan bertujuan untuk pencegahan wabak denggi,” katanya.

Beliau menambah ciri-ciri dan biologi spesies nyamuk itu yang berhubung kait dengan semua peringkat kitaran hidup dikaji dan penyelidikan itu merupakan satu kaedah kawalan Aedes yang inovatif, berpontensi dan tidak mempunyai kesan sampingan.

“Teknologi mengubahsuai genetik nyamuk dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Oxford, United Kingdom. Maka kos mengubahsuai genetik nyamuk Aedes Aegypti juga ditanggung universiti itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Datuk Mohd Johari Hussain berkata penganjuran Liga Bola Sepak Rakyat yang bermula pada 15 Sept 2015 cetusan idea Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berjaya mengetengahkan bakat baharu ke peringkat lebih tinggi.

“Seramai lapan orang pemain liga bola sepak rakyat telah dipilih menyertai pasukan Kuantan FA beraksi di Liga Perdana. Terdapat juga pemain yang ditawarkan untuk menyertai pasukan yang beraksi di Liga Super seperti pasukan T-Team,” katanya.

Johari berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor) yang ingin tahu kesan penganjuran liga itu dalam mencungkil bakat baharu. – BERNAMA

Tags: demam denggiPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd