• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Individu Hilang Di Perairan Kudat Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Empat individu yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Pulau Balambangan, Kudat, pada 2 Mei lepas ditemui selamat, kata Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Son.

Mohd Zubil berkata kesemua mangsa ditemui berada di sebuah bot milik nelayan Vietnam di perairan Pulau Amboyna Cay berhampiran sempadan Malaysia-Vietnam, kira-kira 240 batu nautika dari perairan Kudat.

Beliau berkata pasukan keselamatan telah menuju ke lokasi di mana bot itu dikesan untuk mengambil individu terbabit.

“Mereka selamat. Jika semua berjalan lancar, esok pagi (mereka) akan dibawa ke Kota Kinabalu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata kedudukan keempat-empat mangsa berjaya dikesan selepas kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan yang menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia, kira-kira 150 batu nautika dari Labuan.

Mohd Zubil berkata ketika pemeriksaan dibuat, tekong bot telah menghubungi rakannya melalui radio memaklumkan mereka telah ditahan APMM dengan menyebut perkataan ‘Malaysia, Malaysia’.

Kemudian, anggota APMM terdengar panggilan itu dijawab seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Armella (Ali Hassan), salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang 10 hari lepas, dan memberitahu dia berada di atas bot nelayan dalam keadaan selamat.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata siasatan berhubung kejadian itu akan dibuat setelah kesemua mangsa selamat sampai di Kota Kinabalu.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau berkata pasukan APMM telah memindahkan keempat-empat mangsa dari bot nelayan Vietnam itu ke atas kapal KM Bestari pada pukul 6 petang tadi untuk dibawa pulang.

Dalam pada itu, Mohd Zubil turut melahirkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pasukan keselamatan lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penerbangan Awam dan Pasukan Polis Marin serta Persatuan Nelayan Kudat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa.

Dalam insiden lewat petang 2 Mei lalu, empat individu yang dilaporkan hilang itu ialah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin Tommy, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella, 23.

Semua mangsa sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada pukul 8 malam hari yang sama. – BERNAMA

Tags: HILANG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd