• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kelentit Rindu’ Bukanlah Nama Lucah – Ahya Rosli

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Ahya Rosli menjelaskan kedai shisha miliknya iaitu ‘Kelentit Rindu’ diambil sempena nama tumbuhan liar iaitu sejenis cendawan kelentit kering atau saintifiknya Microparus Xanthopus.

Ahya, 29, yang juga anak kepada aktres Normah Damanhuri itu berkata, dia mengambil nama tersebut selepas mendapati salah satu perasa shisha yang paling mendapat perhatian di kedai miliknya itu laris.

“Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada sepuluh tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.

“Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan,” ujarnya kepada portal mStar Online.

Ahya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang nama kedai shisha miliknya yang dikatakan menggunakan nama kurang sopan iaitu satu perkataan yang turut dikaitkan dengan kemaluan wanita.

 Inilah jenis tumbuhan yang menggunakan nama Kelentit Kering.
Inilah jenis tumbuhan yang menggunakan nama Kelentit Kering.

Inilah jenis tumbuhan yang menggunakan nama Kelentit Kering.

Kedai shisha tersebut beroperasi di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahya berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan memikirkan nama tersebut adalah nama yang mampu menarik pelanggan ke kedainya.

“Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya lakukan.

“Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan,” ujarnya.

Dalam pada itu Ahya yang juga jurulatih peribadi seni mempertahankan diri Kick Boxing berkata, dia kini dalam perancangan untuk membuka sebuah gimnasium.

“Saya sekarang menjadi pelatih peribadi dan membuka kelas Fitwithahya bagi membantu orang yang ingin kurus dengan cara sihat.

“Insya-Allah, saya dalam perancangan untuk buka gim sendiri yang memudahkan saya membuat kelas tersebut,” ujarnya. – mStar Online

Tags: lucahpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd