• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: SPR Siap Sedia Laksana Pengundian Awal Esok

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia melaksanakan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) esok, melibatkan 24,604 pemilih di 79 pusat pengundian.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata pengundi terbabit terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka, yang akan mengundi di 100 tempat mengundi di pusat-pusat berkenaan mulai 8 pagi hingga 5 petang.

“Saya berharap perjalanan (pengundian awal) berjalan lancar esok, dan semua pengundi awal akan mengundi di tempat-tempat mengundi yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) – Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas.

Setelah selesai pengundian awal esok, kertas-kertas undi akan disimpan di lokap-lokap polis dan hanya akan dikira mulai 4 petang pada hari pengundian biasa, 7 Mei ini, di tempat-tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR.

Takun juga berkata persiapan SPR menghadapi hari pengundian biasa pada 7 Mei, kini hampir siap sepenuhnya.

Hari ini (2 Mei) merupakan penghantaran terakhir kertas undi, dakwat pilihan raya dan kelengkapan bagi pengundian biasa ke kawasan-kawasan pedalaman menggunakan tiga buah helikopter dan dua pesawat ‘fixed wing’, katanya.

“Sebanyak 41 DUN yang perlu dihantar kelengkapan pilihan raya menggunakan helikopter dan pesawat ‘fixed wing’ merangkumi zon Sibu, Sri Aman, Miri dan Batu
Danau di Limbang,” katanya.

Takun turut meninjau proses penghantaran terakhir kelengkapan mengundi itu di hangar Hornbill Skyways, di sini hari ini.

Katanya penghantaran menggunakan helikopter melibatkan kawasan Saratok, Sarikei, Pakan, Julau, Kapit, Belaga, Sungai Isap, Tanjung Manis, Bario dan Mukah, manakala pesawat ‘fixed wing’ menghantar kelengkapan pilihan raya ke Sibu, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang.

Takun berkata kelengkapan pengundian awal esok, telah siap dihantar ke pusat-pusat pengundian pada 30 April, manakala untuk undian pos sudah dihantar ke DUN yang terlibat pada 27 April.

Kertas undi, katanya mula dicetak bermula 25 April oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) cawangan Kuching, dan proses cetakan siap pada 30 April.

Bagi kawasan N1 Opar sehingga N37 Bukit Saban, pegawai pengurus pilihan raya akan mengambil sendiri kertas undi di PNMB cawangan Kuching, katanya.

Menurut daftar pemilih, terdapat 1,113,522 pemilih biasa pada PRN-11. – BERNAMA

Tags: PRN SarawakSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd