• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Tahfiz Paksa Ikan Patin ‘Puasa’ Sebelum Dimasak

oleh AK-47
02/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMI memastikan keenakan hidangan ikan patinnya, sebuah restoran di Kuantan yang berkonsepkan kebajikan buat pelajar tahfiz dilapor memaksa ikan-ikan yang akan dimasak “berpuasa” sehingga lima hari.

Pengerusi Restoran Maahad Bahasa dan Ilmu al-Quran (Mabiq) Jamaluddin Abdul Jabbar berkata, itu antara syarat yang ditetapkan kepada penjual dan pembekal sebelum pihaknya membeli ikan patin sangkar di Paloh Hinai.

“Ikan yang tidak ‘dipuasakan’ akan cepat berbau busuk dan pelanggan yang makan juga boleh rasa perbezaan antara ikan yang ‘puasa’ dan tidak.

“Ini kerana palet makanan yang dimakan ikan masih belum hadam,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Ikan yang ‘dipuasakan’ itu bukan sahaja untuk menghilangkan bau hanyir malah menjadikannya lebih sedap dimakan, tambahnya.

Restoran yang terletak di Tanjung Lumpur itu menggunakan kira-kira 600 kilogram ikan patin sangkar untuk dimasak oleh tiga tukang masak yang turut menyediakan 32 jenis lauk lain.

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, restoran ini mula dikunjungi pelanggan seawal jam 10.30 pagi hingga 4 petang dan setiap lauk yang dimasak hanya untuk tempoh satu jam, seterusnya akan dimasak baharu jika kehabisan.

“Kami tidak menjual sejenis lauk yang dimasak dengan banyak dari pagi sampai petang. Biasanya satu jam saja untuk satu lauk,” katanya.

Jamaluddin berkata keuntungan restoran diserahkan kepada maahad yang diusahakannya bagi menampung kos pengajian 150 pelajar tahfiz.

Katanya, purata 150 orang mengunjungi restoran itu setiap hari bekerja dan jumlah tersebut meningkat sekali ganda pada cuti sekolah dan hujung minggu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Maahad TahfizmakananrestoranSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd