• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Komited Bawa Agenda Pembangunan

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem adalah seorang pemimpin yang komited dalam membawa agenda pembangunan terutama di kawasan luar bandar, kata Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata sejak menerajui kepimpinan negeri, Adenan telah mengambil pelbagai pendekatan supaya wujud keseimbangan pertumbuhan ekonomi di bandar dan luar bandar.

“Salah satu contoh terbesar ialah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang akan menjadi penghubung antara bandar, ini diharap mampu menggerakkan ekonomi dan pembangunan di luar bandar,” katanya.

Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian jambatan simen Kampung Sejingkat, di sini hari ini.

Beliau berkata pembangunan di Sarawak akan dipertingkatkan lagi sekiranya Adenan berjaya mendapat sokongan yang padu pada pilihan raya negeri kali ini.

“Kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri penting bagi memastikan pembangunan di Sarawak boleh diteruskan. Oleh itu, kita harus memastikan Barisan Nasional mendapat kemenangan yang besar pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata pembinaan Jambatan Sungai Batang Lupar di Sri Aman merupakan satu contoh hubungan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam projek pembangunan.

“Kerajaan negeri akan membiayai 50 peratus kos pembinaan jambatan ini, manakala kerajaan pusat akan menanggung 50 peratus lagi,” katanya.

Beliau berkata walaupun pembangunan infrastruktur asas seperti elektrik, air dan jalan raya di Sarawak telah dilakukan secara berterusan, Adenan masih komited untuk memberi kehidupan yang terbaik kepada penduduk Sarawak. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: DAP Fitnah Orang Sarawak Tinggal Atas Pokok?

Next Post

PRN: Ceramah Presiden SUPP Makin Diterima Kaum Cina

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

Next Post

PRN: Ceramah Presiden SUPP Makin Diterima Kaum Cina

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd