• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ansuran RM73 Je, Cara Tuntut Hutang Samseng Habis!

oleh AK-47
01/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU cara menuntut hutang yang kasar terhadap pelanggan biasanya dikaitkan dengan penarik kereta dan mereka yang berhutang dengan ahlong atau kongsi gelap sahaja.

Namun kini, heboh pula di media sosial rungutan pelanggan yang tidak puas hati dengan cara pemungut hutang bagi pihak Courts Mammoth menuntut bayaran.

Sudahlah kasar beserta ugutan, ada antara pelanggan yang mendapat amaran itu pula mendakwa tidak mempunyai apa-apa tunggakan pun dengan premis yang menawarkan barangan perabot dan elektrik secara ansuran itu.

Ansuran RM73 Je, Cara Tuntut Hutang Samseng Habis!

Seorang pengguna Facebook Rossmawati M Nawi memuatnaik mesej SMS yang diterimanya berkata, dia berasa amat sakit hati kerana sentiasa membayar ansuran bulanan melebihi jumlah sepatutnya.

Bagaimanapun setiap kali hujung bulan dia akan dihujani mesej-mesej amaran seolah-olah mempunyai hutang ribuan ringgit padahal bayaran bulanan cuma RM73 sahaja.

Antara ugutan yang diterima adalah pemungut hutang mahu datang sita rumah, akan ke pejabat bertemu majikan dan pelanggan mesti bersedia dengan wang ribuan ringgit.

Berikut SMS yang dikongsikan Rossmawati:

Ansuran RM73 Je, Cara Tuntut Hutang Samseng Habis!

Ansuran RM73 Je, Cara Tuntut Hutang Samseng Habis!

Pengguna Facebook Brader Rashid Rash turut berkongsi SMS yang diterima, antaranya tertulis; PEGAWAI KUTIPAN MR SAMY DALAM PERJALANAN KE ALAMAT ANDA BERSAMA LORI WTS 5471 UNTUK TARIK BARANG + CAJ LORI /COLLECTOR RM950″ sedangkan dia membayar ansurannya setiap bulan.

Ansuran RM73 Je, Cara Tuntut Hutang Samseng Habis!

Kalau pun pelanggan terlibat memang mempunyai tunggakan, kami tidak rasa mengutip hutang menggunakan cara SMS berbaur ugutan begini adalah betul.

Pelanggan dihubungi menerusi talian tetap, diberikan surat amaran.. itu pun segalanya perlulah menggunakan bahasa yang formal dan bukan menerusi mesej samseng seperti ini.

Diharapkan Courts Mammoth dapat membaiki kesilapan ini dengan memantau cara pekerja atau agensi yang diupah mereka mengutip hutang kepada pelanggan.

Pihak berkuasa juga diharapkan memainkan peranan untuk memastikan pelanggan tidak teraniaya dan hidup dalam ketakutan seolah-olah mereka diburu oleh anggota kongsi gelap. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Courts Mammoth
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd