Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air: 472...

Gangguan bekalan air : 472 kawasan di S’gor terjejasIkuti Mynewshub: TelegramBerlaku pencemaran bau di...

Pemandu Maut, Lebih Tiga...

KUANTAN - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan berat dipandunya itu terbabas dan...

Industri Bekalan Makanan, Perubatan...

PUTRAJAYA - Syarikat pengeluar, pemborong, logistik, peruncitan dan e-dagang, yang telah diberikan pengesahan...

7 Pasangan Dicekup Malam...

JOHOR BAHRU - Tujuh pasangan termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun ditahan Bahagian Penguatkuasa...

200,260 Kenderaan Cekap Tenaga Dijual Tahun Lepas

KUALA LUMPUR – Jualan kenderaan cekap tenaga (EEV) mencapai 200,260 unit atau 34 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan 591,298 kenderaan penumpang tahun lepas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah itu meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Tidak benar kenderaan EEV dan Hibrid tidak mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pembeli kereta,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Teluk Kemang) mengenai galakan yang diberikan kerajaan terhadap orang ramai untuk membeli kenderaan EEV dan Hibrid selain punca kenderaan itu tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli.


Mustapa berkata inisiatif kerajaan memberi pengecualian duti import dan duti eksais telah menggalakkan semakin banyak syarikat yang memperkenalkan model hibrid masing-masing untuk pasaran tempatan.

Menurutnya setakat ini kenderaan yang diiktiraf sebagai EEV termasuk model di bawah jenama Perodua, Honda, Toyota, Mercedes, BMW, Nissan dan Renault. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori