• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Warga Asing Ditahan Di Sekitar Bukit Mertajam

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seramai 16 warga asing termasuk enam wanita ditahan di sekitar kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dalam Op Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam operasi yang bermula pukul 11.30 malam hingga 4 pagi tadi, pihaknya menjalankan pemeriksaan di beberapa kawasan tempat tinggal warga asing di daerah itu.

“Dalam serbuan pertama di kawasan perumahan di Bukit Tengah, kami menahan tiga wanita Indonesia dan dua lelaki India yang tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan diri.

“Pemeriksaan juga mendapati dua lelaki India yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bukit Mertajam itu memiliki dan positif dadah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan seterusnya di kawasan flat sekitar Juru, polis menahan lapan lelaki dan tiga wanita Indonesia kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa.

Rusli berkata 16 warga asing berusia 25 hingga 43 tahun itu dibawa balik ke IPD SPT untuk didokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) bagi siasatan lanjut.

Katanya dalam operasi yang sama, polis turut menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan sebelum menahan pemiliknya berusia 38 tahun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dan kes itu disiasat menurut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan Negeri.

“Kami turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an di sebuah rumah di Bukit Mertajam kerana memiliki air ketum. Dia yang tidak bekerja itu kini direman dan disiasat menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952,” katanya.

Beliau berkata seramai 92 pegawai dan anggota polis dibantu penguat kuasa JIPP terlibat dalam operasi mengesan warga asing tanpa dokumen yang sah serta mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah. – BERNAMA

Tags: Imigresenwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd