• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Ogos Bicara Kes Saman Fitnah Menteri Terhadap Malaysiakini

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan dua hari bermula 15 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Malaysiakini berhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.

Hakim Abu Bakar Jais menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahriman Ruslan mewakili Abdul Rahman dan peguam K Shanmuga mewakili dua defendan iaitu Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong.

Shanmuga memberitahu pemberita, mahkamah juga menetapkan 23 Mei ini untuk pengurusan kes itu.

Pada 13 Jan 2016, Abdul Rahman yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Anggota Parlimen Kota Belud, memfailkan saman itu terhadap Malaysiakini dan Tong dan mendakwa artikel dan video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Rahman mendakwa pada 6 Nov 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk “Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt”.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: MalaysiakiniSaman Fitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas bekas pemain badminton nombor satu dunia itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd