• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Lelaki Indonesia Ditahan Terlibat Samun Bersenjata

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seramai 15 lelaki warga Indonesia yang menganggotai kumpulan samun bersenjata ‘Geng Rantau Muin’ termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Muin, ditahan Isnin lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, kesemua suspek berusia di antara 22 dan 42 tahun itu ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Melaka Tengah.

Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan empat ahli kumpulan itu termasuk Muin yang berusia 24 tahun, dalam sebuah kereta di kawasan Taman Merdeka di sini kira-kira pukul 6 pagi.

“Mereka ditahan ketika anggota polis yang sedang membuat rondaan mencurigai tindakan kereta itu berhenti di tepi jalan sebelum polis mendekatinya untuk memeriksa.

“Suspek cuba melarikan diri namun dapat ditahan. Hasil pemeriksaan kita menjumpai beberapa barang berharga dipercayai hasil jenayah samun bersenjata,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut, polis membuat tangkapan kedua melibatkan sebuah lagi kereta dinaiki empat anggota geng itu berhampiran kawasan sama, kira-kira dua jam kemudian.

Ramli berkata tangkapan ketiga melibatkan tujuh ahli kumpulan itu di sebuah pangsapuri di Cheng kira-kira 9 pagi dan hasil soal siasat, pihaknya berjaya menemui beberapa senjata termasuk parang, pisau, pemotong besi, kuku kambing dan sarung tangan di dalam semak di kawasan Batu Berendam di sini.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan berharga antaranya beberapa komputer riba, jam tangan, telefon bimbit, kamera dan wang tunai lebih RM19,000 yang disembunyikan di sebuah rumah kedai di Taman Merdeka.

Katanya sebelum ditahan kumpulan itu dipercayai terlibat dalam samun bersenjata di rumah seorang pegawai kerajaan di Taman Pengkalan Jaya di sini kira-kira 3.30 pagi hari sama dan melarikan pelbagai barangan berharga yang dianggarkan bernilai RM41,000.

Ramli berkata siasatan awal polis mendapati Geng Rantau Muin yang dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini, telah terlibat dalam 13 kes samun bersenjata di sekitar negeri itu melibatkan kerugian kira-kira RM80,000.

“Modus operandi kumpulan ini ialah memecah masuk rumah mangsa dan mengikat mereka serta mengugut dengan senjata tajam seperti pisau dan parang agar mangsa menyerahkan barangan berharga,” katanya.

Beliau berkata 10 daripada 15 penjenayah itu yang bekerja sebagai pekerja kontrak, tidak memiliki dokumen perjalanan dan telah direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Sementara itu, dalam majlis berasingan hari ini, Ramli berkata masyarakat memainkan peranan penting membantu polis mencegah dan mengurangkan kadar jenayah dengan menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah.

“Banyak aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan dan di Melaka khususnya, setiap Rabu saya akan bermesyuarat di balai polis dan mengambil kesempatan berjumpa dengan ketua masyarakat di balai berkenaan,” katanya selepas Majlis Polis Bersama Masyarakat di Balai Polis Selandar, Jasin dekat sini.

Beliau berkata perjumpaan bersama masyarakat seperti itu adalah antara kaedah yang diguna pakai polis dalam usaha mendengar segala rungutan dan masalah yang dihadapi masyarakat setempat. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd