Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Sesak 10km Di PLUS,...

TAIPING - Seorang kanak-kanak parah manakala ibu bapanya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan...

Malawi Tuntut Firma AS...

LILONGWE – Malawi menuntut cukai tidak berbayar berjumlah lebih AS$300 bilion(RM1.33 trilion) daripada...

Asia Perlu Galak Pembangunan...

BANGKOK - Negara di rantau Asia perlu menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama dan...

Adibah Noor Tegur Sebutan...

SINGLE terbaru penyanyi muda yang juga berbakat mencipta lagu, Haqiem Rusli berjudul Jatuh...

Zeti Akhtar, Pemimpin Contoh, Kata Muhammad

KUALA LUMPUR – Datuk Muhammad Ibrahim, yang akan mengambil alih jawatan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) daripada Tan Sri Dr Zeti Akhtar, menyifatkan Zeti sebagai seorang pemimpin contoh.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Zeti atas kepimpinan teladannya sejak 16 tahun lepas dan atas khidmat beliau kepada bank pusat selama lebih 35 tahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran oleh artis Chang Fee Ming di Sasana Kijang, di sini, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan, Muhammad, yang merupakan Timbalan Gabenor BMM sejak 2010, dilantik sebagai gabenor bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei, 2016.

Zeti, 68, menjadi Gabenor BNM sejak 2000, ketika Malaysia dan seluruh negara Asia sedang bergelut menghadapi badai ekonomi ekoran daripada krisis kewangan Asia yang berlaku pada 1997/1998.

Beliau yang pernah dipilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance akan bersara pada 30 April.


Muhammad berkata ia merupakan satu peluang kepada beliau untuk menyumbang kepada negara, secara umumnya.

“Adalah amat penting untuk kita perlu mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan ekonomi kita pada setiap masa.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan, kerana memberi kepercayaan kepada saya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori