• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Dibelasah Kerana Tak Tahu Cakap Bahasa Melayu?

oleh AK-47
27/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini Malaysian Crime Watch (MyWatch) telah memuat naik beberapa video memaparkan aksi seorang  pegawai Imigresen wanita yang bertindak membelasah seorang lelaki warga asing dalam satu serbuan yang diadakan sekitar Januari lalu.

Perilaku pegawai imigresen tersebut yang menyerang mangsa dengan menendang dan memukulnya bertubi-tubi, seperti aksi bertinju, ternyata mengejutkan ramai.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MyWatch, mangsa yang merupakan warga India mendakwa dia dibelasah oleh wanita tersebut gara-gara tidak boleh bercakap Bahasa Melayu.

MYWATCH

Kejadian itu dilaporan berlaku dalam sebuah premis mencuci kereta di stesen minyak Petron di Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut mangsa, dia ditahan kerana tidak mempunyai permit yang sah dan telah memberi kerjasama sepenuhnya ketika serbuan diadakan.

Selain itu, mangsa yang kini berada di negara kelahirannya memberitahu, dia turut dibelasah dengan hos paip ketika berada dalam depot tahanan imigresen.

Berikutan itu, MyWatch menggesa agar kejadian ini disiasat sewajarnya dan pegawai wanita tersebut dipecat kerana melanggar SOP dan mencemarkan nama baik badan berkuasa itu.

MyWatch turut memaklumkan mereka bersedia memanggil semula mangsa untuk menyiasat hal itu.

Dalam pada itu, MyWatch juga mempersoalkan tentang jumlah wang yang dicatat dalam resit rasmi bayaran kompaun tidak sama dengan jumlah yang dibayar majikan tersebut.

Oleh itu, MyWatch berharap Ketua Pengarah Imigresen tampil segera menjawab isu ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pegawai imigresenwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd