• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Rentung Kereta Terbabas Dan Terbakar

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang wanita rentung manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbakar dalam kemalangan di KM246 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Rembau, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, Nurul Aida Ibrahim, 30, yang memandu kereta jenis Perodua Kenari, maut manakala rakannya, Syazila Zailani, 30, cedera parah selepas kenderaan itu hilang kawalan.

“Berdasarkan siasatan, penumpang yang cedera memaklumkan mereka berdua dari Johor Baharu menuju ke Kuala Lumpur dan apabila sampai di kawasan itu, kereta tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Kereta itu kemudiannya terbalik dan terbakar. Mangsa sempat selamatkan diri manakala rakannya tidak dapat keluar dipercayai tersepit. Mangsa yang maut hanya berjaya dikeluarkan anggota bomba setelah api dipadamkan, namun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Muhamad Zaki berkata Syazila yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar manakala mangsa yang maut dibawa ke unit forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd