SEBUAH video yang memaparkan seorang pelajar lelaki menampar seorang pelajar perempuan di dalam kelas kini tersebar meluas di laman sosial.
Bagaimanpun, bila dan di mana lokasi sekolah tersebut tidak diketahui.
Entah apa puncanya, menerusi video tersebut gadis remaja berkenaan dilihat dimaki dan ditampar bertubi-bertubi di hadapan rakan sekelas yang lain.
Video berdurasi 0.23 saat itu sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan pelajar lelaki tersebut biadap dan menjatuhkan maruah gadis berkenaan.
Oleh itu, orang ramai memohon pihak Kementerian Pendidikan menyiasat kes ini dan mengambil tindakan agar kejadian ini tidak berulang. – MYNEWSHUB.CC