• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar, Agenda Jinep

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Henry Harry Jinep, seorang ahli perniagaan dan‎ calon BN kerusi Tasik Biru, mempunyai cita-cita dan rancangan praktikal untuk meningkat taraf hidup masyarakat luar bandar di situ.

Anak tempatan Singai di sini percaya hubungan dengan penduduk majoriti kaum Bidayuh di kawasan itu telah membantu beliau memahami masalah dan sebab berlaku masalah peminggirin antara bandar dan luar bandar.

Ahli SPDP berusia 48 tahun itu berkata beliau akan menerusi legasi khidmat bekas wakil rakyat selama empat penggal, Datuk Peter Nansian Nguise daripada parti Teras dengan idea-idea sendiri.

Antara idea dalam perancangan beliau adalah untuk membentuk masyarakat itu berdikari dengan mengambil kesempatan daripada kekayaan produk pelancongan di kawasan tersebut.
Mesej pembangunan dalam setiap ceramahnya diterima dengan penuh minat oleh masyarakat setempat dan beliau pasti, sekiranya dapat mengekalkan kerusi BN ini, kerajaan akan menyokong idea pembangunannya.

Jurukur bahan terlatih dari United Kingdom itu melihat potensi dalam industri pelancongan di kawasan yang berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan mempunyai 17,041 pengundi berdaftar.

Memetik perkampungan sempadan Serikin, kira-kira 30 minit perjalanan dari sini, katanya, ia merupakan daya tarikan bagi penduduk tempatan dan pelancong asing tetapi kemudahan di situ tidak mencapai standard yang diinginkan.

Menurutnya, kawasan itu perlu menjadi seperti Padang Besar, di sempadan Perlis-Thailand, yang menjadi syurga beli belah serta hiburan bagi ramai pengunjung tempatan dan pelancong asing.
Selain itu, katanya, kemudahan awam yang lebih baik juga perlu bagi kawasan pelancongan di Tasik Biru yang mempunyai lombong emas terbiar di tengah-tengah bandar itu serta gua batu kapur, Gua Pari (Fairy Cave) dan Gua Angin (Wind Cave).

Jinep, bekas penasihat Yayasan John Jinep, turut perihatin dengan kemudahan rumah mampu milik serta pembngunan infrastruktur seperti jalan raya yang lebih baik.

Yayasan John Jinep adalah sebuah yayasan kebajikan bagi membantu pelajar keturunan Bidayuh daripada keluarga miskin.

Beliau turut terlibat dalam urusan pemetaan dan pengukuran tanah Hak Adat Pribumi (NCR) di Tasik Biru bagi membolehkan penduduk mendapat hak milik bagi tanah itu.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini, Jinep akan dicabar oleh calon DAP, Mordi Bimol iaitu pembantu khas kepada pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Pelajar Lelaki Tampar Muka Perempuan Dalam Kelas

Next Post

Kelantan Lakukan Pembenihan Awan Dalam Masa Terdekat

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Kelantan Lakukan Pembenihan Awan Dalam Masa Terdekat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd