• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ummi Nazeera Tepis Gosip Cinta Zizan, Hanya Kawan Biasa

oleh AK-47
27/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERNAH digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan.

Lapor sebuah portal berita, kedua-dua pelakon ini bertemu untuk membincangkan gosip yang tersebar itu. Malah selepas tersebarnya gosip itu Ummi Nazeerah dan Zizan Razak lebih berhati-hati untuk tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Ummi Nazeera Tepis Dakwaan Cinta Dengan Zizan

Menurut Ummi Nazeerah, 26; dalam pertemuan itu, pelakon dan pelawak Zizan Razak banyak menasihatinya agar tidak menghiraukan perkara berkenaan dan itu merupakan lumrah sebagai anak seni.

“Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

“Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain,” jelas Ummi kepada portal tersebut.

Lakonan aktres ini bersama Zizan dalam filem Angin Cinta menyebabkan tercetusnya gosip ini. Namun Ummi, 26 tidak menafikan selesa berkawan dengan Zizan.

Ummi Nazeera Tepis Dakwaan Cinta Dengan Zizan

“Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya.

“Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu,” jelasnya.

Tambah Ummi lagi kepada portal itu, dia masih belum fikir akan soal cinta dan baginya karier lakonannya adalah menjadi keutamaannya.

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” ujarnya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: cintaUmmi NazeeraZizan Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebuhraya Pan Borneo – ‘Penghubung’ Limpahan Rezeki

Next Post

Wang Kertas New Zaeland Dinobat Tercantik Di Dunia

Related Posts

Zizan Dipuji Netizen Bantu Orang Awam Di Jalanan

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pelakon Zizan Razak dipuji netizen kerana membantu seorang pemandu yang tertidur ketika berada di persimpangan...

Alami Sesak Nafas, Zizan Masuk Hospital

04/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan terlalu penat bekerja, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengalami sesak nafas sehingga dimasukkan ke hospital. Kata...

Next Post

Wang Kertas New Zaeland Dinobat Tercantik Di Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd