• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular Sawa Batik Pula Masuk Sekolah

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seekor ular sawa batik sepanjang lebih lima meter ditemui di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat pagi tadi.

Guru Besar Mohd Hasmy Hashim berkata ular berkenaan ditemui di dalam longkang oleh pengawal keselamatan kira-kira 6.30 pagi.

“Nasib baik kerana kebanyakan murid masih belum tiba di sekolah. Pihak sekolah terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menangkap reptilia berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ahmad Yani Muhammad berkata pihaknya menyarankan agar sekolah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan mereka.

Beliau berkata pihak keselamatan sekolah juga perlu membuat rondaan di awal pagi bagi mengesan jika ular memasuki kawasan sekolah.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Tanah Merah pula dilapor menerima 88 kes berhubung penemuan ular oleh penduduk sejak Februari lepas.

Pengawai Operasinya Mohd Fadli Hassan berkata pada Febuari, pihaknya menerima 28 panggilan, 33 panggilan pada Mac dan 27 panggilan dalam bulan ini sehingga semalam.

“Kes terbaharu ialah semalam di mana pihak kami menangkap seekor tedung selar sepanjang tujuh meter di sebuah rumah di Kampung Lubuk Agol, Chawas,” katanya. – BERNAMA

Tags: ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

13/03/2025
0

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd