• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Eusoff Didakwa Miliki Dadah Di Singapura

oleh AK-47
02/04/2016
dalam Artis, Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kacak Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman telah dihadapkan ke sebuah mahkamah di Singapura pada Khamis atas tuduhan memiliki dadah.

Memetik laporan portal Berita Harian Singapura, Tony Eusoff, 38, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah di republik tersebut.

Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan boleh menyebabkan ketagihan serius.

Portal tersebut turut melaporkan Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Pelakon kelahiran Sarawak ini didakwa memiliki dadah di balai ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Difahamkan, Tony berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.

Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$20,000 (kira-kira RM57,775) atau kedua-duanya sekali.

Sebutan semula kes ini akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April ini.

Tony sememangnya terkenal sebagai pelakon berbakat dan pernah mengalas watak utama sebagai Tan Sri P.Ramlee dalam teater P.Ramlee The Musical. – MYNEWSHUB.CC

Sumber : Berita Harian Singapura

Tags: Tony Eusoff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Bulan Dalam Jel, Tony Eusoff Akhirnya Dibebaskan

13/10/2016
0

BERITA pelakon terkenal, Tony Eusoff dijatuhkan hukuman penjara di Singapura atas kesalahannya memiliki dadah, pada Mac lalu pernah mengemparkan tanah...

Tony Eusoff Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Bulan Oleh Mahkamah Singapura

21/04/2016
0

SINGAPURA - Mahkamah Singapura hari ini menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas pelakon Malaysia Tony Eusoff kerana memiliki dadah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd