Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Kesibukan Kerja Bukan Halangan...

SUNGGUH, wanita bergelar ibu itu sangat luar biasa. Inilah insan yang tidak pernah...

KDNK Malaysia Diunjur 4.6%...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada kadar yang agak sederhana, dengan...

Jurugambar Pokai Selepas Disaman...

SEDIH ada, kelakar pun ada. Tapi itulah hakikat dialami jurugambar David Slater yang...

Video: Kumpulan Anti Bersih...

VIDEO rakaman demonstrasi mempertahankan diri daripada Kumpulan Anti Bersih 4.0 yang menjadi viral...

Tong Asid Nitrik Bocor Di Plus

BAGAN SERAI – Satu daripada 20 tong asid nitrik yang diangkut sebuah lori dikesan mengalami kebocoran semasa dibawa dari selatan ke Pulau Pinang pagi ini.

Kejadian pada 7.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan sedang melalui KM181 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Bukit Merah Laketown Resort.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Abdul Nasir Jalil berkata sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.42 pagi ini.

“Apabila sampai di tempat kejadian kami mendapati satu daripada 20 tong asid yang mengandungi 1,000 liter asid nitrik setiap satu, bocor sehingga 68 peratus dan tertumpah di atas jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Abdul Nasir berkata pihaknya terpaksa membuat sekatan jalan untuk membolehkan kerja-kerja mencuci tumpahan dapat dilakukan selain mengelakkan asid terus mengalir.


Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori