• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokoh Kulit Hitam Hiasi Wajah Baharu Dolar AS

oleh
22/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC — Enam denominasi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bakal berwajah baharu dengan kesemuanya akan menampilkan tokoh kulit hitam yang terkenal dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu.

Ini termasuk buat julung kalinya mata wang pecahan AS$20 yang selama ini dihiasi gambar wajah Andrew Jackson, presiden ketujuh AS, akan berganti rupa, menurut laporan akhbar The New York Post pada Jumaat.

Versi baharu yang akan dipampang atas lembaran wang kertas itu ialah wajah Harriet Tubman (1822-1913), seorang aktivis antiperhambaan kanak-kanak yang pernah membantu ratusan pelarian budak kecil abad ke-19.

Harriet akan menjadi tokoh wanita sekali gus kulit hitam atau African American kali pertama menghiasi wang kertas AS sejak wajah Martha Washington yang pernah terpampang untuk pecahan AS$1 lebih 100 tahun lalu.

“Keputusan untuk menggunakan wajah Harriet pada wang AS$20 berdasarkan usul cadangan daripada ribuan warga AS dari pelbagai latar belakang dan usia,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Jack Lew kepada media.

Beliau memberitahu, wang berwajah Harriet ini dijadualkan mulai digunakan pada 2020. Lebih 118,000 daripada 609,000 orang yang dibanci menginginkan wajah aktivis kelahiran Maryland itu, tampil untuk mata wang AS$20.

us note
Wajah muka hadapan mata wang dolar Amerika Syarikat pada masa sekarang. – Gambar hiasan

Pihak perbendaharaan AS bagaimanapun menyangkal satu pengumuman awal Presiden AS, Barack Obama sambil mengesahkan wajah Alexander Hamilton, salah satu pengasas AS, tetap digunakan untuk denominasi AS$10.

Namun wajah aktivis pejuang hak wanita AS untuk mengundi dalam pilihan raya iaitu Lucretia Mott, Sojourner Truth, Susan Anthony, Elizabeth Candy Stanton dan Alice Paul akan dicetak di bahagian belakang wang tersebut.

Mata wang baharu AS$10 ini dijadualkan bakal diedarkan kepada umum pada 2020 kelak bersamaan dengan peringatan ulang tahun ke-100 pindaan ke-19 yang memberi hak pengundian kepada golongan wanita di AS.

Obama pada sidang media di White House sebelum itu mengumumkan enam denominasi mata wang dolar iaitu AS$1, AS$5, AS$10, AS$20, AS$50 dan AS$100 akan berwajah baharu memaparkan ikon kulit hitam terkenal.

Ia melibatkan tokoh Martin Luther King untuk mata wang AS$1, Frederick Douglass (AS$5), Martin Robinson Delaney (AS$10), Harriet Tubman (AS$20), W. E. B. Du Bois (AS$50) dan Booker Washington (AS$100).

Mereka mengambil alih wajah versi sedia ada iaitu George Washington untuk AS$1, Abraham Lincoln (AS$5), Ulysses Grant (AS$10), Alexader Hamilton (AS$20), Andrew Jackson (AS$50) dan Benjamin Franklin (AS$100).

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amerika SyarikatBarack Obamadolarmata wang
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd