• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Lancar Kad Rakam Jamin Keselamatan Nelayan Perak

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melancarkan kad Rakan Maritim (RAKAM) yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini sebagai salah satu inisiatif menjamin keselamatan nelayan di laut.

Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kad yang diperkenalkan di bawah Program RAKAM oleh Kementerian Pertahanan itu mengandungi nombor penting atau hotline membabitkan jabatan penguatkuasaan maritim sekiranya berlaku kecemasan di laut.

Kad RAKAM itu juga mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Marin Polis Diraja Malaysia, katanya.

“Kad RAKAM ini boleh membantu nelayan sekiranya mereka mengalami kerosakan enjin, insiden diganggu dan melihat sesuatu yang mencurigakan seperti kewujudan bot nelayan asing dengan menghubungi atau mesej menerusi aplikasi Whatsapp kita.

“Kita boleh memberi nasihat dan seterusnya mengambil tindakan secara bersama dengan agensi terlibat untuk memberi bantuan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kad itu pada Hari Terbuka Armada sempena Hari TLDM ke-82 di Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) di sini hari ini.

Ahmad Kamarulzaman berkata Perak merupakan negeri ketiga memperkenalkan kad berkenaan selain Pahang dan Sabah serta Sarawak tidak lama lagi.

Program berkenaan juga telah mendapat sambutan daripada wakil persatuan nelayan dari kawasan penduduk Cina di Pantai Remis, Pangkor dan Hutan Melintang untuk menjaga keselamatan mereka ketika menangkap ikan di laut, katanya.

“Sebelum ini, di negeri lain, majoriti yang menyertai program ini adalah dari masyarakat Melayu dan ini telah membuktikan semakin ramai komuniti maritim mengetahui peranan kad RAKAM,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 40,000 pengunjung hadir ke Hari Terbuka Armada yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

“Hari terbuka yang diadakan setiap tahun di semua pangkalan TLDM itu memberi peluang kepada orang ramai mendekati anggota TLDM selain mengambil tahu peranan mereka dalam memastikan keselamatan perairan negara terjamin.

“Ini peluang untuk masyarakat melihat sendiri aset TLDM secara dekat dan menaiki kapal kerana kapal dan aset TLDM ini juga merupakan pelaburan kerajaan yang datang daripada wang rakyat sendiri,” katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya demonstrasi operasi RAKAM menyelamatkan bot nelayan di laut; demonstrasi Pasukan Khas Laut (PASKAL); pesawat TLDM dan pertunjukan payung terjun serta pelbagai gerai jualan dan informasi kerjaya disediakan sepanjang hari terbuka berkenaan berlangsung. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harinder Muncul Live Di TV Al Hijrah, 8 Pagi Esok

Next Post

‘Ooo-Haa, You-You’, Sinonim Dengan Adenan

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau duduk...

Next Post

'Ooo-Haa, You-You', Sinonim Dengan Adenan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd