• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Maut Nahas Ngeri Di Tanah Merah

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Tiga lelaki maut manakala tiga wanita cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM2.4 Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berdekatan Kampung Jelatok di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, mangsa yang maut ialah Tan Hok Sun, 28; Mohd Alif Amani Mohd Zardi, 20, dan Muhammad Salihin Yasar, 17, masing-masing berasal dari Tanah Merah.

Mangsa yang cedera ialah Nurul Atika Abdullah, 17, dan Nor Asmira Mahadi, 21, yang masing-masing berasal dari Tanah Merah serta Nurul Idayu Nasri, 18, dari Machang.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandu Mohd Alif Amani dan ditumpangi rakannya iaitu Muhammad Salihin, Nurul Atika, Nurul Idayu dan Nor Asmira hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Wira dipandu Tan.

“Tan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala Mohd Alif Amani dan Muhammad Salihin meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suzaimi berkata kesemua mangsa yang cedera masih dirawat di hospital yang sama dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bapa Mohd Alif Amani, Mohd Zardi Mohd Zain, 44, berkata beliau menerima berita mengenai kemalangan anaknya itu pada pukul 2 pagi tadi.

“Sampai ke tempat kejadian perasaan saya bercampur-baur melihat keadaan kereta yang dipandu anak saya dalam keadaan remuk, ketika itu saya lihat anak saya masih lagi bernyawa,” katanya.

Mohd Zardi berkata beliau reda dengan pemergian anak ketiga daripada empat beradik itu.

Sementara itu, teman wanita Tan, Chee Huey Chen, 21, berkata sebelum kejadian mangsa memberitahu ingin berjumpanya di rumahnya di Kampung Cina, Kelewah, Machang.

“Saya mengetahui mengenai kejadian itu selepas menunggu mangsa sehingga pukul 2 pagi. Saya cuba hubungi telefon bimbit Tan namun tidak berjawab.

“Saya kemudian menelefon seorang rakan Tan dan diberitahu Tan kemalangan jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd