• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Toleransi Buat Mereka Yang Menyeleweng Kediaman PPR – DBKL

oleh Ahmad Albab
19/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada toleransi kepada penyewa asal kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang sanggup menyewakan kediaman mereka kepada pendatang asing, semata-mata kerana ingin mendapatkan untung atas angin.

“Kami jumpa, kami ambil balik rumah!,” demikian amaran Pengarah Eksekutif Pembangunan Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Sauffi Mohamad, yang kecewa dengan tindakan segelintir penyewa menyeleweng kemudahan disediakan kerajaan.

Menurut Mohd Sauffi, berdasarkan bancian yang dilaksanakan tahun lepas, pihaknya mendapati daripada 46,454 unit rumah PPR dan PA, 36 peratus daripada unit itu (16,723) dikhuatiri disewakan oleh penyewa asal kepada orang lain.

Ini kerana, ada antara penyewa unit itu tidak bekerjasama, dihuni oleh orang lain (warga tempatan), dihuni warga asing, dan rumah kosong ketika proses bancian itu dilaksanakan.

“Sikap penyewa beginilah yang membingungkan kami. Tindakan itu bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi membantutkan hasrat kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Mohd Sauffi berkata, pada tahun ini sahaja sehingga bulan Mac, pihaknya telah merampas 150 unit rumah PPR dan PA ekoran tindakan penyewa asal menyewakan unit mereka kepada orang lain.

Malah tahun lepas sahaja 490 unit telah dirampas dan nama penyewa asal telah disenarai hitamkan.

Beliau berkata pihaknya berazam untuk terus melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu ke atas penyewa yang melanggar syarat perjanjian sewa kediaman berkenaan.

Dalam mencari sejauh mana kebenaran ini, penulis sendiri menyertai salah satu operasi yang dikendalikan oleh Mohd Sauffi pada 13 April lepas untuk menjejaki penghuni warga asing di rumah PPR.

Operasi yang bermula pada jam 11 malam sehingga 2.30 pagi di PPR Intan Baiduri, Selayang berjaya mengesan empat unit yang didiami oleh penghuni tidak sah (warga tempatan) manakala seunit disewakan kepada warga asing.

Hasil perbualan antara penulis dan pekerja asing itu, mendapati dia menyewa rumah terbabit dengan kos RM300 sebulan sejak empat bulan lepas.

Dia yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah pasar raya bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut jumlah penghuni rumah terbabit, namun berdasarkan pemerhatian penulis, bilangan kasut yang ada di rumah itu seolah-olah terdapat hampir tiga penghuni di unit berkenaan.

Kesemua unit yang didapati melanggar syarat perjanjian penyewaan akan ditarik balik oleh pihak DBKL yang mana unit yang didiami warga asing itu, mendapat notis keluar dan sita pada malam itu juga, manakala empat unit yang didiami oleh penghuni tidak sah (warga tempatan) diberi notis untuk mengosongkan rumah dalam tempoh sebulan. – BERNAMA

Tags: DBKLPPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd