SEORANG anggota kumpulan pemberontak Syria yang terkenal dengan jolokan ‘kanibal’ kerana makan hati dan jantung anggota tentera rejim Bashar Assad, telah terkorban dalam satu pertempuran di Latakian.
Bagaimanapun terdapat laporan yang bercanggah berhubung kematiannya dengan ada laporan menyebut Abu Sakkar meninggal dunia akibat dibunuh.
Abu Sakkar sebelum ini berjuang bersama-sama kumpulan al Nusra, iaitu sekutu rangkaian militan Al-Qaeda.
Dia mendapat jolokan kanibal selepas video propaganda yang merakamkan aksinya makan jantung dan hati tentera Syria telah dimuat naik dalam internet pada 2013.
Dengan menggunakan pisau, dia telah membelah dada askar Syria sebelum menayangkannya depan kamera sambil berkata:
“Aku bersumpah akan makan hati dan jantung kamu, tentera anjing Bashar.
Dia kemudiannya makan organ berkenaan. Bashar merupakan Presiden Syria dan negara berkenaan telah bergolak sejak beberapa tahun lalu tanpa penyelesaian.
Ramai penduduk Syria menjadi pelarian akibat kekejaman tentera rejim Bashar. – Mynewshub.cc