• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Amerika Latin Pecah Rumah Pakai Jubah Dibongkar

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis berjaya membongkar taktik baharu sindiket pecah rumah melibatkan warga Amerika Latin yang memakai jubah bagi mengaburi orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata ia ekoran penahanan dua suspek warga Amerika Latin, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 37 dan 39 tahun di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium di Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam, Selasa lepas.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki kedua-dua suspek, polis menemui pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk memecah masuk rumah termasuk besi pengumpil, sarung tangan dan pisau.

“Soal siasat ke atas kedua-dua suspek turut membawa kepada penemuan satu lagi kereta Perodua Viva yang di dalam ada dua jubah, dipercayai digunakan suspek ketika melakukan rondaan untuk mengenal pasti rumah yang hendak dirompak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya suspek juga membawa polis ke dua kondominium yang digunakan sebagai tempat meletakkan barangan rompakan mereka.

Mohd Adnan berkata di dalam kondominium pertama di lokasi suspek ditangkap, polis menemui 15 jam tangan mewah, lapan rantai serta 12 gelang emas dan 31 mata wang asing.

“Di kondominium kedua, juga di Datuk Keramat, polis menemui satu jam tangan mewah, dua patung berbentuk kuda dan helang serta pelbagai wang syiling mata wang asing,” katanya sambil menambah kesemua hasil rampasan dianggarkan bernilai RM200,000.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun, semalam setelah disyaki bersubahat membekal kenderaan dan pelbagai kemudahan lain bagi kegunaan warga Amerika Latin itu.

Berikutan penahanan semua suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah yang berlaku di Petaling Jaya dan Shah Alam, katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri. – BERNAMA

Tags: rompakanwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd