Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

ADUN PAS Tak Jadi...

IPOH - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tidak jadi menghadap Sultan...

Umat Islam Diminta Terus...

MELAKA - Umat Islam khususnya di Melaka diminta terus berdoa, membaca qunut Nazilah...

Sindir Menyindir Dalam Hip...

KUALA LUMPUR – Budaya sindir menyindir dalam lirik lagu hip hop yang hangat...

Projek Lencongan Banjir Barat...

KANGAR - Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh, sepanjang 22 kilometer dari Timah...

Tak Perlu Beri Salinan KP Semasa Daftar Kad SIM Prabayar

KUALA LUMPUR – Tiada garis panduan khusus yang mewajibkan pelanggan menyerahkan salinan kad pengenalan (KP) mereka kepada ejen syarikat telekomunikasi apabila ingin membeli kad sim baharu telefon bimbit, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata hanya KP asal individu yang ingin membeli kad sim itu perlu dikemukakan kepada ejen berkenaan bagi tujuan pengesahan bagi pembelian kad itu untuk mengelak berlakunya penipuan dalam pendaftaran.

“Tidak dinafikan ada segelintir pihak (ejen) yang mengumpulkan maklumat daripada kad pengenalan untuk tujuan tertentu berdasarkan SOP (prosedur operasi standard) syarikat mereka.

“Orang awam boleh membuat aduan jika mendapati maklumat peribadi atau kad pengenalan mereka disalah guna.

“Kementerian ini, melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan data maklumat individu,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Mengenai ICT, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Ke-11 di sini, Jalani berkata SKMM akan bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa bagi menyiasat kes dilaporkan sebelum tindakan boleh diambil terhadap ejen terbabit.


Pada majlis itu, beliau juga melancarkan Panduan EMF ITU (ITU EMF) versi bahasa Malaysia, yang merupakan aplikasi yang menyediakan garis panduan kawal selia amalan terbaik dan maklumat mengenai pengurusan EMF kepada orang ramai dalam bentuk mudah difahami.

“Panduan itu adalah antara kaedah yang digunakan SKMM bagi menyampaikan maklumat tepat tentang pengeluaran EMF kepada orang ramai,” katanya.

Simposium lapan hari itu, yang dihoskan KKMM dan SKMM dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd, berlangsung mulai semalam hingga 27 April dan disertai lebih 100 peserta dari 30 negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori