• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tidak Adil Kepada Kami’ – Keluh Persatuan Teksi

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Teksi dan Kereta Sewa di bandar raya ini menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung operasi Uber dan Grab sehingga kenderaan itu diluluskan beroperasi seperti teksi.

Pengerusi persatuan tersebut, Yazid Mohd. Yusof berkata, lambakan kereta Uber dan Grab menyebabkan industri teksi di sekitar ibu negeri Selangor menjadi kucar kacir.

“Kewujudan mereka juga menyebabkan pelbagai tanggapan dan persepsi negatif dilemparkan kepada kami selain pendapatan kami susut hampir 50 peratus berbanding sebelum Uber dan Grab diperkenalkan.

“Justeru kami meminta pihak berkuasa memberi pengesahan berkenaan kenderaan persendirian itu digunakan mereka untuk membawa penumpang,” katanya pada sidang media di Seksyen 19 di sini, semalam.

Yazid berkata, pihaknya tidak menafikan bahawa Uber dan Grab lebih mendapat sambutan pengguna kerana tambang yang dikenakan lebih murah berbanding teksi.

“Mereka tidak menggunakan meter seperti kami selain tidak perlu membayar kos sewa teksi kerana menggunakan kenderaan persendirian.

“Kami menggunakan meter dan kadar tambang ditetapkan oleh SPAD, jadi ia tidak adil kepada kami jika pengguna tidak mahu menaiki teksi atas alasan tambang kami lebih tinggi,” katanya. – myMetro Online

Tags: pemandu teksiSPAD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syahrini Buat Rawatan Sedut Lemak Di Singapura

Next Post

Cuaca Panas Punca Ular Cari Tempat Sejuk – Perhilitan

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Next Post

Cuaca Panas Punca Ular Cari Tempat Sejuk - Perhilitan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd