• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syor Indonesia Wujud Undang-Undang Antikeganasan

oleh Ahmad Albab
13/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia mencadangkan kepada Indonesia agar mempunyai undang-undang antikeganasan sama seperti Malaysia sebagai langkah mencegah kegiatan keganasan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu pernah disuarakan oleh beliau secara peribadi kepada Presiden Republik Indonesia Joko Widodo semasa perjumpaan antara mereka tidak lama dahulu.

“Saya cadangkan kepada Jokowi (Joko Widodo) bahawa harus ada undang-undang yang hampir sama dengan Malaysia supaya kita boleh mencegah sesuatu sebelum ia berlaku.

Pencegahan bermula daripada perundangan, risikan pihak polis dan tindakan dalam bentuk perundangan itu mesti ada proses yang ditentukan oleh Mahkamah, jadi tidak boleh berlaku salah guna kuasa,” katanya dalam satu wawancara khas oleh siaran televisyen I-News di sini malam tadi.

Katanya, undang-undang seumpama itu adalah antara faktor kejayaan Malaysia dalam mencegah aktiviti keganasan di peringkat awal dan tidak berlakunya kes-kes serangan letupan oleh pihak pengganas.

Beliau berkata, menerusi undang-undang itu juga setakat ini sebanyak 140 orang yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengganas telah ditahan dan dikenakan tindakan.

Perdana Menteri berkata, daripada 140 orang yang ditahan itu, tiada yang mempunyai hubungan langsung dengan jaringan pengganas tetapi mereka didapati terpengaruh dengan aktiviti pengganas di Timur Tengah.

Malaysia mempunyai undang-undang yang dikenali sebagai Akta Pencegahan Keganasan (POTA) yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan mana-mana individu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan pengganas. – BERNAMA

Tags: keganasanNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd