• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumber Air Mentah Dapat Bertahan Sehingga Awal Julai – SAINS

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Air di empangan di Negeri Sembilan hanya akan dilepaskan sekiranya air mentah yang diambil dari sungai tidak lagi boleh dipam untuk diproses.

Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Wan Rasdi Wan Ismail berkata setakat ini bekalan air mentah itu dapat bertahan sehingga hujung Jun atau awal Julai ini.

“Kedudukan empangan kita masih bertahan kerana kita tidak guna air dari empangan, sebaliknya air mentah dari sungai. Empangan adalah sumber air terakhir yang kita akan pakai sekiranya sumber air dari sungai tidak mencukupi.

“Sekiranya hujan, ia akan mengalir ke sungai dan kita akan manfaatkan untuk memprosesnya…cuaca pun kalau kita tengok sudah mula berubah dan minggu ini sudah ada hujan di beberapa tempat berbanding panas terik dua minggu lepas,” katanya.

Wan Rasdi berkata demikian selepas menutup Hari Terbuka Loji Rawatan Air sempena Hari Air Sedunia 2016 anjuran SAINS di sini hari ini.

Ia sebagai mengulas status terkini paras air di tujuh empangan iaitu Empangan Gemencheh di Tampin, Empangan Talang (Kuala Pilah), Empangan Triang (Jelebu), Empangan Sungai Terip (Seremban), Empangan Kelinchi (Kuala Pilah), Empangan Ulu Sepri (Rembau) dan Empangan Sungai Beringin (Rembau).

Wan Rasdi berkata kedudukan air di negeri ini masih terkawal walaupun terdapat sedikit penurunan di kebanyakan empangan iaitu secara purata 30 peratus kecuali Empangan Gemencheh yang berada pada paras satu meter di bawah paras kritikal.

“Walaupun berada pada paras kritikal, kita dapat mengepam air dari Sungai Jelai untuk menggantikan air yang kita ambil dari empangan supaya paras kritikal dapat dipertahankan.

“Buat masa sekarang kita masih membahagikan air untuk loji rawatan dan air untuk pertanian,” katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airSains
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sistem VEP Mampu Atasi Masalah Kereta Klon Dan Saman – JPJ

Next Post

Anggota URB Dilanggar Hingga Cedera

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

13/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Penguasaan asas sains dan matematik yang lemah di peringkat sekolah rendah dilihat sebagai antara faktor kemerosotan jumlah pelajar...

Next Post

Anggota URB Dilanggar Hingga Cedera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd