• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Nafi ‘Lembab’ Siasat Kes Banglo Lim Guan Eng

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihati semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SPRM berkata ini adalah kerana kenyataan-kenyataan itu boleh mengelirukan orang ramai kerana proses siasatan masih berjalan.

“Perlu diingatkan bahawa setiap siasatan kes rasuah mempunyai perbezaan melibatkan pengumpulan bukti, pengesahan dokumen serta mengambil keterangan saksi yang menyebabkan tempoh siasatan terbabit turut berbeza-beza,” jelasnya.

SPRM berkata demikian mengulas dakwaan segelintir pihak bahawa SPRM tidak tegas dan melengah-lengahkan siasatan berkaitan isu banglo itu.

BACA JUGA: Kenapa SPRM ‘Lembab’ Siasat Skandal Hartanah LGE?

Dalam pada itu, SPRM sekali lagi menegaskan bahawa kes banglo tersebut mahupun kes penyelewengan dana kerajaan oleh pegawai Kementerian Belia dan Sukan langsung tiada kaitan dengan pegawai SPRM yang dijatuhkan hukuman berhubung rasuah oleh mahkamah baru-baru ini.

Justeru SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan mempolitikkan kes yang melibatkan pegawai SPRM tersebut.

Pembelian banglo di Pulau Pinang oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa pimpinan kerajaan mengambil iktibar daripada kekalahan besar Parti Republikan pimpinan Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd