• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Lelaki Bangladesh Cuba Rasuah Pegawai Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang lelaki warga Bangladesh selepas cuba menyogok seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, Jumaat lepas.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu menawarkan sejumlah RM400 kepada pegawai polis berkenaan
bagi membebaskan dua rakannya yang ditahan pasukan keselamatan pada hari sama.

“Berikutan itu, pegawai polis berkenaan kemudiannya menangkap lelaki warga asing tersebut sebelum menyerahkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Suspek akan didakwa di mahkamah selepas SPRM menyiapkan kertas pertuduhan terhadapnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Moh Shamsudin turut memuji tindakan pegawai polis berkenaan dan wajar dijadikan contoh oleh semua kakitangan kerajaan.

“Moga tindakan murni ini menjadi pengajaran kepada kita semua bagi memastikan tiada gejala rasuah dalam kalangan kita semua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dua kontraktor yang ditahan SPRM baru-baru ini yang dipercayai terlibat dalam tuntutan palsu berjumlah antara RM170,000 hingga RM380,000, dibebaskan dengan jaminan agensi itu, Khamis lalu.

Katanya SPRM sedang melengkapkan siasatan dengan beberapa lagi saksi mungkin akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Selasa lepas, Moh Shamsudin berkata agensi itu menahan dua lelaki berumur lingkungan 30-an kerana disyaki mengemukakan laporan tawaran kerja palsu untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd