• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seribu Kenderaan Klon Dirampas Dari Tahun Lepas Hingga Kini

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Sebanyak 1,000 buah kenderaan klon pelbagai jenis dan jenama berjaya dirampas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak tahun lepas hingga awal bulan ini.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Arifin Che Mat berkata daripada jumlah itu negeri Terengganu merekodkan rampasan tertinggi – sebanyak 260 buah kenderaan mewah pelbagai jenis.

“Kita percaya kebanyakan kereta klon ini dibawa masuk dari negara jiran seperti Singapura dan antara kereta klon yang menjadi pilihan di pasaran seperti Honda Oddysey, BMW, Toyota Wish yang dijual dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

“Kebanyakan kereta klon ini diambil dari Singapura kerana negara itu melaksanakan dasar pelupusan kenderaan setiap lima tahun sekali dan sindiket mengambil kesempatan untuk dijadikan kereta klon,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program penutup Satu Komuniti Satu JPJ, di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.

Arifin berkata, JPJ sehubungan itu melaksanakan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi menangani sindiket kereta klon di negara ini terutamanya di kawasan sempadan.

Menerusi sistem berkenaan, kereta asing yang masuk ke negara ini akan didaftar terlebih dahulu di setiap pintu masuk negara bagi mengelak ia diklon.

Selain itu katanya, pihaknya juga telah menubuhkan Pasukan Tindakan Khas (PTK) yang dianggotai 25 pegawai terlatih bagi menangani kes tersebut dari berleluasa. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd