• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lelaki Miliki Pistol, 10 Butir Peluru Ditahan Polis Hilir Perak

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Gara-gara mengejar dan mengugut seorang pemandu lain, seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menunjukkan sepucuk pistol di pinggangnya bagi meminta bayaran ganti rugi kerosakan keretanya setelah berlaku pergeselan kecil pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek berusia 38 tahun itu telah ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah di dalam perkarangan Lower Club Perak di Bandar Baru Teluk Intan di sini.

Ini berikutan mangsa yang ketakutan kerana diekori telah memandu ke dalam perkarangan Lower Club Perak itu bagi mendapatkan perlindungan dan sempat meminta bantuan abangnya melalui telefon bagi menghubungi pihak polis.

“Bertindak atas laporan, sepasukan polis telah ke tempat kejadian dan menahan suspek di hadapan Lower Perak Club dan hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek telah menjumpai sepucuk pistol jenis Colt model .45 bersama 10 butir peluru tanpa lesen dan permit.

“Selain itu, kita turut merampas sejumlah wang tunai RM25,353, wang tunai 100 Thai Bath serta sebiji pil warna hijau yang disyaki dadah di dalam beg silang yang dipakai suspek,” katanya pada sidang media di sini Khamis.

Menurut beliau saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes di bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelas Wan Hassan, kejadian yang berlaku pada 1.30 tengah hari di Jalan Maharajalela itu berpunca setelah suspek yang memandu kereta jenis Toyota Altis telah memintas dan menghalang laluan kenderaan mangsa berusia 28 tahun itu.

“Suspek telah menyuruh mangsa yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan keluar dari kenderaannya sambil menunjukkan pistol di pinggangnya.

Disebabkan mangsa enggan keluar dari keretanya, suspek yang berang telah menendang serta menumbuk kereta hingga kemek sebelum mangsa memandu sejauh kira-kira 1.5 kilometer dengan diekori suspek sehingga ke dalam perkarangan Lower Club Perak,” katanya.

Katanya lagi, suspek cuba menghampiri mangsa namun dihalang abang mangsa yang kebetulannya sampai di situ dan telah meminta wang sebanyak RM3,000 serta mengugut mahu membunuh mangsa.

Menurut Wan Hassan, pihak polis kini masih dalam siasatan berhubung wang tunai dalam jumlah yang banyak dimiliki suspek.

Suspek direman lima hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Tags: Pistol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd