• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semangat Berpasukan Dalam ‘Ola Bola’ Wajar Dicontohi – Sultan Nazrin

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Penerbitan filem pecah panggung ‘Ola Bola’ mendapat pujian Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang bertitah karya itu wajar dijadikan inspirasi mengenai semangat berpasukan.

Baginda bertitah penganjur dan mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan serta rakyat keseluruhannya wajar mengambil pengajaran daripada filem tersebut.

“Jadikan sumber inspirasi, jalan cerita yang terkandung dalam filem Ola Bola, betapa semangat pengorbanan, semangat berpasukan, semangat setia kawan dan semangat kenegaraan yang tinggi berjaya disemai melalui sukan,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini Selasa.

Filem terbitan Astro Shaw arahan Chiu Keng Guan itu mengisahkan kegemilangan pasukan bola sepak negara yang layak ke Sukan Olimpik di Moscow pada 1980.

Walaupun tidak dibarisi pelakon yang mempunyai nama besar, Ola Bola berjaya mengutip RM12 juta hanya untuk tempoh 18 hari tayangan bermula 28 Januari lalu.

Sultan Nazrin bertitah aktviti dan kegiatan sukan dapat menyemai budaya hidup sihat, semangat persaingan, semangat mahu mencipta kejayaan lebih tinggi, mengikis perasaan riak selain berupaya memupuk semangat persefahaman.

Sementara itu baginda bertitah kerajaan negeri Perak menyediakan beberapa jenis bantuan kepada pelajar yang berhasrat dan layak melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Titah baginda, pada tahun lalu seramai 14,407 pelajar di Perak menerima bantuan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11.62 juta selain kerajaan negeri menawarkan pinjaman pendidikan ke institusi pengajian tinggi kepada 500 orang pelajar melibatkan peruntukan RM7 juta.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyediakan biasiswa pelajaran di bawah Asnaf Fisabilillah untuk pelajar mengikuti pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di luar negara.

“Pada 2015 seramai 837 pelajar diberi biasiswa melibatkan perbelanjaan RM7.5 juta sementara RM4.2 juta diberikan kepada 1,164 pelajar yang mengikuti pengajian di dalam negara,” titah Sultan Nazrin. – BERNAMA

Tags: ola bolaSultan Nazrin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd