• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tidak Pernah Anggap Diri Sebagai Model OKU – Kelly Knox

oleh AK-47
07/04/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini seorang wanita bernama Karen Crespo berjaya mencuri tumpuan pada Minggu Fesyen New York kerana merupakan satu-satunya model yang tampil dengan kaki dan tangan palsu sewaktu acara gemilang itu.

Karen Crespo
Karen Crespo

Kini giliran model kelahiran London menerima impak yang sama. Dilahirkan tanpa lengan kiri, model Kelly Knox tidak pernah berasa dirinya terasing.

Keterbatasan itu tidak menghalang Kelly, 31; untuk mengejar impiannya menjadi seorang model.

“Saya tidak pernah anggap diri sebagai orang kurang upaya (OKU). Semasa membesar, kami tidak pernah guna perkataan cacat, ia sebahagian daripada saya sama seperti anggota badan yang lain,” jelas Kelly kepada portal People.com

Pada tahun 2008, model berasal dari London, terkejut apabila mendengar mengenai sebuah rancangan realiti di United Kingdom (UK) yang mencari sesiapa sahaja yang cantik dan kurang upaya untuk menjadi seperti Naomi Campbell atau Kate Moss.

Rancangan realiti pencarian model, British’s Missing Top Model adalah diterbitkan oleh British Broadcasting Corporation (BBC).

“Saya berasa tercabar kerana saya tidak pernah menganggap diri sebagai kurang upaya. Saya ingin buktikan bahawa orang kurang upaya juga cantik, fashionable dan mampu melakukan apa sahaja,” jelasnya lagi.

Kelly yakin dengan kebolehan dan keupayaan dirinya punca kejayaan yang dikecapi sekarang. Dia tidak berasa kekok untuk terjun dalam bidang peragaan meskipun hanya memiliki satu tangan.

Malah pernah dihina oleh model lain kerana dunia modeling tidak menerima insan OKU sepertinya sewaktu menyertai Minggu Fesyen New York (NYFW).

“Saya berasakan seolah-olah dunia tidak bersedia untuk menerima model OKU seperti saya.

“Tidak mungkin Minggu Fesyen New York akan menerima orang sepertinya tampil di pentas peragaan itu,” luahnya lagi.

Namun, kata-kata itu tidak halang Kelly untuk membuktikan sebaliknya malah dia pernah muncul pada acara London Fashion Week serta terlibat dengan pelbagai iklan berkaitan fesyen atau pun tidak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: modelNYFWOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd